Posts Tagged ‘sumpah ibu’

SUMPAH IBU

Komik hasil karya Abdul Halim Teh, anak kelahiran Kampung Raban, Lenggong Perak pada 11 Disember 1933 ini diterbitkan dalam bentuk War Library oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur tahun 1962 adalah sebahagian daripada karya A.Halim Teh yang agak sukar untuk ditemui buat masa ini.Komik Sumpah Ibu ini saya temui dalam timbunan buku-buku lama di Pustaka Antara pada tahun 1989 tanpa halaman kulit (cover) dan hampir rosak. Bagi penggemar komik dan peneliti sejarah perkembangan budaya popular ini, saya sisipkan di sini komik yang boleh dianggap klasik dalam kelasnya yang tersendiri. Saya melakukan sedikit teknik pembetulan untuk mendapatkan tone hitam putihnya secara jelas. Karya asalnya sangat lusuh dengan warna kertas yang agak kelam. Bagi pengkaji komik, mungkin karya ini boleh menimbulkan suatu interpretasi baharu untuk melihat jalur pergerakan sejarah komik Melayu Malaysia yang banyak terpendam dalam lipatan zaman.

Imej

A.Halim Teh

Imej