KOMIK MELAYU,DI MANAKAH ALUR SEJARAHNYA?

Posted: 27 Mei 2013 in komik: pintasan sejarah
Tags: , ,

Pengalaman bekerja hampir dua puluh tahun dalam bidang penerbitan komik,dan meminati komik semenjak asas hidup masa kecil,setidaknya telah membuka suatu pandangan baru terhadap budaya kecil yang tidak banyak diperkatakan tentang sejarahnya.

Komik merupakan cambahan akar daripada seni melukis,seni bercerita orang Melayu yang dipaut daripada tradisi lisan menjadi cetera di atas kertas.Ia bercerita dengan kata dan lukisan.Komik menunjukkan bingkai pengalaman dan pemikiran melalui wacana seni dan kadangkala pemikirannya melampaui zaman.

Pemikiran yang tercerna daripada komik banyak menimbulkan idea baru terhadap perkembangan teknologi dunia (hal ini akan diperkatakan kemudian).

Puteri Bisa, karya Raja Hamzah

Puteri Bisa, karya Raja Hamzah

Majalah Comic Melayu, terbitan Harmy,1953

Majalah Comic Melayu, terbitan Harmy,1953

Komen-komen
  1. azhar abdullah berkata:

    Salam tuan,

    saya menyokong tindakan tuan dalam menulis perihal khazanah komik tanahair. Teruskan usaha tuan, kami perlukan rujukan dan makalah sebegini. Saya ingin bertanya..banyak komik Sinaran Bros dan segala komik dalam blog ini milik tuan ke?

    saya yang cinta komik tempatan,

    Azhar Abdullah

    • pokdi58 berkata:

      sdr Azhar,terima kasih kerana mengunjungi laman ini. Blog ni baru 2 minggu dibuka.Saya sedang berusaha untuk memasukkan entri dgn lebih banyak lagi.Komik Sinaran Bros dan Pustaka Antara tu memang ada dalam milik saya.Dulu memang banyak,koleksi saya semenjak kecil lagi,tapi semenjak bermukim di KL pada tahun 1979 sehingga 1990, banyak yg hilang

  2. azhar abdullah berkata:

    sayang..banyak koleksi komik tuan yang hilang..saya amat memahami kehilangan khazanah berharga ini. saya ada membuat reserach pasal komik Malaysia sejak 1940an dgn merujuk buku Prof DrMuliyadi Mahmood..dan baru ini ada sedikit perihal komik Malaysia yang keluar dalam edisi terkini Spring International Journal of Comic Art..

    artikel saya dalam jurnal itu saya rasa amat tidak lengkap infonya..terima kaseh atas blog ini karangan tuan, saya mendapat banyak info beharga..
    ingin sekali saya email artikel saya itu kepada tuan untuk tuan rujuk..dan penambah baikan..saya rasa saya banyak tertinggal info akan penerbitan komik sejak zama 1940an..

    buleh tuan email kpd saya alamat email tuan kepada saya: azharmaa@gmail.com

    Sukacita di maklumkan..persatuan penggiat komik Malaysia aka PeKOMIK akan melakukan mesyuarat Agung ke-4 pd 22 Jun ini, Sabtu, 2pm di Auditorium balai Seni Lukis Visual Negara KL.

    Harap tuan dapat hadir.

  3. Mohamad Azahari bin Ali berkata:

    Hebat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s